Sila semak semula permohonan anda dan pastikan telah membuat pengesahan sebelum 31 Mac 2013 (11.59 malam).
PERMOHONAN PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013
Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini. Tarikh tutup 31 Mac 2013.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, POLITEKNIK & ILKA
Pastikan pengesahan telah dibuat sebelum atau pada 15 April 2013.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE UPIM (IPMa) AMBILAN JULAI 2013
Mulai 1 Mac 2013 hingga 7 April 2013 Permohonan Tajaan JPA Tahun 2013 Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini akan dibuka secara atas talian mulai 25 Mac 2013 (Isnin) Jam 5:00 petang sehingga 1 April 2013 (Isnin)
Wednesday, December 5, 2012
Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013
Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM
atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang
sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test
pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test
bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam
profession perguruan.
Oleh itu, kami
jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu
menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran
Malaysia.
Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan
KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir
peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan
ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.
Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang
diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana
ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang
perguruan.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.