Ads 468x60px

Tuesday 26 March 2013

PERMOHONAN KE IPT / MAKTAB

PERMOHONONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013
Sila semak semula permohonan anda dan pastikan telah membuat pengesahan sebelum 31 Mac 2013 (11.59 malam).

PERMOHONAN PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013
Calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini. Tarikh tutup 31 Mac 2013.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, POLITEKNIK & ILKA
Pastikan pengesahan telah dibuat sebelum atau pada 15 April 2013.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UPIM (IPMa) AMBILAN JULAI 2013
Mulai 1 Mac 2013 hingga 7 April 2013
Permohonan Tajaan JPA Tahun 2013 Kepada Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini akan dibuka secara atas talian mulai 25 Mac 2013 (Isnin) Jam 5:00 petang sehingga 1 April 2013 (Isnin)




Wednesday, December 5, 2012

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.

Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.

Saturday 16 March 2013

EKSPERIMEN SAINS


 

Objek harian bila dibesarkan sehingga 1000 kali ganda

1. Lalat













2. Bulu mata manusia















Friday 15 March 2013

Shortcut mudah...

Di sini saya ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!
www.familiazam.com
Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file
www.familiazam.com
Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.


Tips Penjagaan Laptop


Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

Saturday 2 March 2013

Sungai di Dasar Lautan


Video : Sungai di bawah laut Firman Allah : “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Al Furqan 53)

Wednesday 27 February 2013

Bertemu Dua Lautan

.BUKTI KEBENARAN AL-QUR'AN''

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ?﴾ QS.Ar Rahmaan: 19-21 ﴿..

Maha Besar ALLAH dengan segala Firman-Nya...

Wednesday 13 February 2013

Nota Sains Tingkatan 3


















Bab 1 - Respirasi
Bab 2 - Peredaran darah dan pengangkutan
  • Pengangkutan dalam manusia
  • Darah manusia
  • Sisten pengangkutan tumbuhan
  • MODUL LATIHAN BAB 2
  •  

Bab 3 - Perkumuhan
  • Perkumuhan manusia
  • Sistem  urinari dalam manusia
  • Perkumuhan dalam tumbuhan
  • MODUL LATIHAN BAB 3
Bab 4 - Pembiakan
  • Pembiakan seks dan aseks
  • Sistem pembiakan lelaki
  • Sistem pembiakan perempuan
  • Kitar haid
  • Persenyawaan dan kehamilan
  • Kepentingan penjagaan tempoh kehamilan
  • Kepentingan penyelidikan dalam pembiakan manusia
  • Sistem pembiakan seks tumbuhan berbunga
  • Pendebungaan
  • Pembentukan biji benih dan buah pada tumbuhan
  • Konsep percambahan biji benih
  • Pembiakan vegetatif pada tumbuhan berbunga
  • MODUL LATIHAN BAB 4
Bab 5 - Pertumbuhan
  • Corak pertumbuhan manusia
  • MODUL LATIHAN BAB 5
Bab 6 - Tanah dan sumbernya
  • Pelbagai mineral dalam kerak bumi
  • Tindak balas antara logam dan bukan logam
  • Sebatian silikon
  • Sebatian kalsium
  • Sumber bahan api semulajadi dan kepentingannya
  • MODUL LATIHAN BAB 6
Bab 7 - Elektrik
  •   Elektrostatik*
  •   Keelektrikan*
  •   Penggunaan kuantiti elektrik
  •    Hubungan antara arus, voltan dengan rintangan
  •  Konsep litar selari dan bersiri
  •   Arus, voltan dan rintangan dalam litar bersiri
  •   Arus, voltan dan rintangannya dalam litar selari
  • Kemagnetan
  • Keelektromagnetan
  • MODUL LATIHAN BAB 7
Bab 8 - Penjanaan elektrik
  • Penjanaan tenaga elektrik
  • Transformer
  • Sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
  • Pembekalan elektrik dan sistem pendawaian di rumah
  • Fungsi fius dan dawai bumi
  • Kepentingan mengamalkan langkah keselamatan dalam penggunaan tenaga elektrik
  • Kepentingan penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik
  • MODUL LATIHAN BAB 8
Bab 9 - Bintang dan galaksi
  •         Matahari
  •          Bintang dan galaksi
  •        Alam semesta sebagai hadiah daripada tuhan
  • MODUL LATIHAN BAB 9
Bab 10 - Penerokaan angkasa lepas
  •            Perkembangan bidang astronomi dan penerokaan angkasa lepas        
  •       MODUL LATIHAN BAB 10
Hanya pautan yang bertanda * sahaja berfungsi

credit to :- blog cikgu irwan

Tuesday 12 February 2013

Monday 28 January 2013

Tips Belajar Sains

Antara tips belajar Sains dengan mudah...
a) Buat ulangkaji selalu.
  • Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji. So, kena la mula study awal-awal. Bukan last minutes!
b) Belajar Sains setiap minggu.
  • Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Siapkan homework dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba. 
c) Cuba buat semua bentuk soalan.
  • Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yg disukai sahaja.
  • Beli buku-beli kerja yg memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yg diberikan. Bazirkanlah sedikit wang untuk membeli buku latihan, bukan apa..kalau Topup handphone tak payah suruh memang konfem beli kan? Kan?
d) Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.
  • Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu bentuk-bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.
  • Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkin soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikti berbeza.
  • Cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat mengulang kaji dan mengingati point-point pentin bagi topik tersebut.
e) Berikan tumpuan dan perhatian kepada POINT-POINT Penting dalam nota. Ulang sehingga faham.
  • Fungsi? (Bagi setiap struktur seperti sel, organ, bahan, injap pada jantung anda mesti tahu apa fungsinya).
  • Ciri-ciri? (Apakah ciri-citi proses tertentu dalam sel seperti mitosis, meiosis...)
  • Di mana? (Fikirkan di mana sesuatu proses itu berlaku, sebagai contoh fotosintesis)
  • Contoh? (Mesti boleh memberikan contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh injap dalam jantung)
  • Kesan? (Banyak soalan berkenaan kesan yang berlaku apabila sesuatu proses atau kejadian. Sebagai contoh, Berikan kesan asap rokok terhadap manusia? )
  • Faktor-faktor? (Ketahui apakah faktor-faktor yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
  • Carta? (Kaji dan fahami apa yang ingin disampaikan melalui carta seperti graf, carta pie atau jadual)
  • Mengapa? (Dalam sains, anda perlu sering bertanya...mengapa ia berlaku? Sebagai contoh Mengapa darah boleh membeku, Kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Sekiranya anda menjawab segala persoalan bagi setiap topik. Pastinya anda sangat menguasi subjek sains.
  • Melukis serta melabel? (Kaji diagram atau gambar dengan teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal. Sains memang memerlukan kemahiran seni melukis. Ini membantu anda untuk mengetahui setiap struktur. Contoh, Lukiskan diagram jantung manusia dan labelkan)
  • Definisi? (Apabila mempelajari sesuatu yang baru, pastikan definisi diketahui terlebih dahulu. Ia merupakan kerangka penting kepada pemahaman anda. Sebagai contoh, Apakah definisi Respirasi? Apakah Definisi Sistem Peredaran Pulmonari)
  •  
  • kredit to